Arsenal FC give birthday present to me
Buat pembaca, walaupun Arsene Wenger tidak membariskan pemain utama dalam menentang Villa pada hari ini disebabkan kecederaan pemain utama mereka seperti Cesc Fabregas dan Van Persie. Namun skuad Arsenal tetap mampu memberi saingan kepada pemain lawan walaupun bukan berada di gelanggang sendiri. Sikap pemain yang bermain bersungguh- sungguh adalah kunci utama kemenangan. Diarra muncul sebagai pengganti tengah untuk mengawal dan mengelirukan pihak lawan. Susuk tubuhnya yang licik mampu memperdayakan dengan larian yang deras.
Walaupun telah dikejutkan oleh tuan rumah pada minit-minit awal hasil kelekaan pemain pertahanan Sagna. Namun, keserasian pemain pertahanan, tengah dan penyerang mampu mengubah segala kedudukan. Permainan cantik hasil sentuhan Eboue, Adebayor, Rosicky memberi peluang rakan seperjuangan Flamini untuk rembatan deras dengan menggunakan kaki kiri untuk gol penyamaan. Gol kedua Arsenal dihasilkan oleh bintang utama Arsenal Adebayor melalui tandukan menewaskan Carson setelah menerima hantaran lintang daripada Sagna. Pemain tinggi lampai ini mudah melonjak untuk menghasilkan gol.
Percaturan separuh masa kedua Aston Villa cuba bangkit untuk mendapatkan gol penyamaan. Gilberto dimasukkan bagi menggantikan Rosicky untuk mengawal barisan tengah yang kelihatan agak goyah. Penjaga gol Arsenal Almunia juga bermain dengan bermain dengan agak baik kerana berjaya mengawal kubunya buat kali kedua. Pelbagai serangan oleh Villa dapat dipatahkan oleh pertahanan tengah Gallas dan Toure.
Malang sekali untuk Hleb kerana mengalami kecederaan geting kanan apabila diterjah oleh penyerang Villa, Carew dan dimasukkan Walocott untuk membantu barisan serangan. Permainan berlarutan sehingga minit 93 dan keputusan Arsenal menang untuk berada 6 mata dihadapan musuh tradisi, Manchester United.
Saya menganggap kemenangan ini adalah kenangan paling manis kerana ia merupakan hadiah untuk saya pada hari ini. Nasib baik menang.
Tags: adat, arsenal, ayam, bertanding, gambar, happy, kalah, kecederaan, kenangan, lose, mangsa, manis, menang, musuh tradisi, pemain, sevilla, star, tahniah, villa
April 6th, 2008 at 12:25 am
We like your blog!…
[…]Mabuhay, my colleagues and I heard of your blog over at McBrides, so we thought we would take a look. We’ve read several of your posts and we all agree that you have a fine writing style[…]
…
April 7th, 2008 at 12:05 am
This whole situation is SO absurd. Your post strikes as serious for you only. What can we do but make jokes about it?
April 9th, 2008 at 6:46 pm
This blog is simply smashing. In my humble opinion of course. As this post is rather debatable I don’t think all your blog visitors are going to agree with it.